Wednesday, September 16, 2009

PERMATA HATIKU

Aku bersyukur sangat dikurniakan 3 orang cahayamata (2 puteri 1 putera) hasil perkongsian kasih bersama suami tercinta . Aliya Syaffa , Aliya Syafinaz dan Aman Fikry mereka lah permata hatiku. Penawar segala suka dan duka . Mereka lah penyeri hidup kami. Kehadiran mereka melengkapkan hidup kami.
Puteri sulungku, Aliya Syaffa dilahirkan pada 28 September 1997. Seorang anak yang pemalu dan sensitif tetapi rajin membantu .
Puteri keduaku Aliya Syafinaz dilahirkan pada 9 September 1999 (09.09.99). Seorang anak yang aktif tetapi suka merajuk. Menggemari warna merah jambu (pink) sehinggakan semua benda dia nak warna pink.
Satu-satunya putera ku Aman Fikry dilahirkan pada 08 Oktober 2001. Seorang anak yang juga pemalu dan suka menyendiri mungkin kerana dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga . Aku teringin sangat dia menjadi seorang tahfiz sebab itu aku hantar dia belajar di Sek. Ren. Agama(Insyaallah)

No comments:

Post a Comment